Isu HALAL antara IFRC Asia vs JAKIM : Suatu analisa


Jom baca sama2..

Sepertimana regulation & dasar perundangan negara yang mana belum secara jelas atau clear menetapkan standard piawaian halal itu dikuasai atau dimonopoli JAKIM semata-mata. Ini kerana piawaian atau standard itu sendiri sebenarnya ada banyak kriteria yang perlu dipatuhi.

Tak semestinya JAKIM sahaja yang menjadi pihak berwajib mengeluarkan logo halal ini kerana ada juga pihak lain yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa seperti World Halal Council (WHC) boleh beroperasi di mana-mana negara Islam. Oleh itu jelas negara kita perlu membuka pintu bagi mana-mana pihak yang mempunyai pengalaman dan kepakaran halal ini menyebarluaskan lagi satu perjuangan untuk ummat Islam seluruh dunia.

Oleh itu adalah lebih baik secara adil, IFRC atau Islamic Foods Research Centre wajar kita teliti kemampuan dan pengalamannya selama 15 tahun pengasasnya terlibat dalam penyelidikan halal di Malaysia & Antarabangsa.

Kelebihan IFRC Asia :
Satu badan piawaian standard halal di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa World Halal Council pada tahun 2007. Boleh lihat sijil pengiktirafan WHC bagi IFRC.

IFRC – ASIA is one of the international halal certifier operating in Malaysia. It was established in 2002. So far it issues certificate for more than 700 companies in Malaysia and almost 20 companies in China. It strictly follow the guideline of halal as set by Malaysia, Singapore and Indonesia. This guideline appears in the Codex Alimentarius (1997). That has been approved by all Muslim countries in the world. This includes the standard of halal slaughter, halal food, halal cosmetics and halal usable goods.

IFRC Halal Certification are true and legal based on Malaysia Standard (MS 1500:2004), Halal Food-Production, Preparation, Handling and Storage-General Guidelines (First Revision) and Trade Description (Use of Expression “Halal”) Order 1975 and Trade Description (Marking of Food) Order 1975.

Pengasas IFRC adalah Hj Abdullah Fahim iaitu bekas Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM yang merupakan 'mastermind' kepada logo halal JAKIM dari 1993-1998. Beliau juga aktif di arena antarabangsa terutamanya IFANCA pada tahun 2001 sbg wakil Asia Tenggara.

Oleh itu tidak hairanlah kalo mastermind utama bahagian penyelidikan halal JAKIM telah menubuhkan IFRC Asia untuk memberi peluang perkhidmatan piawaian halal pada ummat Islam seluruh dunia dan bukannya terhad di JAKIM atau Malaysia sahaja.

Cik Zaza merasakan ummat Islam di Malaysia perlu terbuka dalam mendapatkan maklumat penting sebegini dan bukannya berharap pada institusi atau jabatan kerajaan semata-mata. Kita berhak untuk membuka mata bahawa potensi halal di Malaysia dan luar negara begitu besar sekali. Industri halal hub adalah cukup hebat, oleh itu bagi mereka yang punya kepakaran, ilmu, pengalaman, modal adalah dituntut untuk menyumbangkannya kepada maslahah ummat.

Cik Zaza harap tiada lagi kekeliruan ttg IFRC vs JAKIM kerana kedua-duanya menjalankan fungsi piawaian standard halal. Malah pengasas IFRC adalah mastermind utama bahagian penyelidikan halal JAKIM dan sbb itulah ia cukup mantap, penuh pengalaman dan kepakaran tahap antarabangsa dan bukannya sekadar di JAKIM, Malaysia semata-mata...

Jom kita tengok pulak apa kata IFRC mengapa mereka tidak diiktiraf JAKIM. Terang lagi Jelas sebab FAKTOR PERSAINGAN.. petikan yang sangat memeranjatkan Cik Zaza sebenarnya..

"Pengarah BLSB, Abdullah Fahim A Rahman, berkata keadaan itu berlaku berikutan dasar JAKIM yang tidak mahu mengiktiraf BLSB kerana faktor persaingan walaupun mereka bersedia menerima apa juga syarat jika dimasukkan dalam senarai badan diiktiraf JAKIM. Katanya, di Malaysia hanya IFRC saja berdaftar sebagai ahli Majlis Halal Sedunia"



Nota Kaki: jangan terlalu taksub.. tak kan Islam kat oversea tak sama dengan Islam kat Malaysia? Tak kan kita g oversea ada logo halal country yang kita pergi tapi tak boleh makan sebab takde logo halal JAKIM atau tak diiktiraf JAKIM? Fikirlah sendiri.. kerana Islam tu mudah & adil untuk semua..
Keterangan lanjut hubungi ZAZA 0172540088.